Meta Ads Management
Setup, launch dan urus kempen Facebook & Instagram dari A hingga Z. Struktur kempen ikut objektif, audience dan angle yang betul.
- TikTok
Meta Ads Specialist · Sejak 2017
Iklan yang bawa sales, bukan sekadar likes.
Saya bantu pemilik bisnes jana leads & jualan yang konsisten melalui Facebook, Instagram, TikTok & Google Ads, dengan strategi, data dan copywriting yang menjual.
Dipercayai oleh bisnes di seluruh Malaysia
/ Tentang Saya
Assalamualaikum, saya Hizami Radzi. Saya mula dengan ijazah Kejuruteraan Mekanikal, dan cara berfikir itu yang saya bawa ke dalam setiap kempen iklan: ukur, uji, tambah baik. Bukan teka.
Sebelum membuka perkhidmatan sendiri, saya bekerja sebagai Content Provider & Facebook Ads Trainer di Sifufbads, salah satu akademi latihan Facebook Ads yang terkenal di Malaysia. Di sana saya melatih lebih 200 orang dalam Facebook Ads dan copywriting.
Sejak 2017, saya telah membantu dan memberi konsultasi kepada 30+ pemilik bisnes dari pelbagai niche: produk kecantikan dan kesihatan, fesyen, hartanah, sehinggalah pakej umrah & haji.
/ Servis
Anda fokus pada produk & operasi. Saya jaga iklan, angka dan strategi, dari kajian pasaran sampai laporan mingguan.
Setup, launch dan urus kempen Facebook & Instagram dari A hingga Z. Struktur kempen ikut objektif, audience dan angle yang betul.
Ayat iklan yang berhenti scroll dan tolak orang untuk WhatsApp atau checkout. Bukan sekadar ayat yang sedap dibaca.
Pantau prestasi setiap hari. Split test mingguan untuk naikkan CTR & conversion, dan turunkan kos per lead / purchase.
Pelan pemasaran online & offline dengan KPI jelas. Sasaran jualan dipecahkan jadi bajet, leads dan kos per keputusan.
Kaji pesaing, audience dan angle marketing yang belum diteroka supaya iklan tak cepat tepu.
Nak urus iklan sendiri atau latih team? Sesi konsultasi & coaching one-to-one, terus pada akaun iklan anda.
/ Cara Saya Bekerja
Setiap klien dapat proses yang sama, sebab hasil yang konsisten datang dari sistem yang konsisten.
Semak akaun, produk dan data lama. Tetapkan sasaran (contohnya kos per purchase & ROAS) dan tunjuk unjuran sebelum mula.
Pecahkan iklan ikut angle marketing dan audience berbeza. Sediakan copy serta creative video & gambar.
Launch kempen berstruktur, kemudian split test setiap minggu untuk cari pemenang dan buang yang membazir.
Laporan prestasi dikongsi secara berkala, dan meeting mingguan online / offline. Anda sentiasa tahu ke mana duit iklan pergi.
/ Projek Terpilih
Ebook digital milik saya sendiri. Dari produk, copy, sampai iklan, semua saya urus. Bukti saya guna sistem yang sama yang saya jual kepada klien, dengan duit saya sendiri.
Kempen dipecahkan ikut pelbagai audience, creative video & gambar, laporan dikongsi terus dengan klien.
3x jemaah dalam setahun
/ Hasil Kempen
Sebahagian keputusan kempen lead generation untuk klien dalam pelbagai niche.
* Keputusan berbeza mengikut produk, tawaran, bajet dan pasaran. Saya tak janji angka ajaib. Saya janji kerja yang telus dan diukur.
/ Testimoni
“Servis sangat rekomended! Leads menderu masuk. Proceed servis tak sampai 24 jam, leads terus masuk. Team sales sampai kena setup team baru untuk layan.”
“Servis FB ads terbaik. Tak perlu risau pasal iklan ke laut lagi sebab dah jumpa ahlinya yang pakar. Sangat rekomen pada yang lain.”
“Servis terbaik ★★★★★ Sangat membantu.”
/ Toolkit
Gabungan kemahiran iklan klasik dengan AI terkini, supaya creative dan copy boleh diuji lebih banyak, lebih cepat.
/ Jom Bincang
Ceritakan tentang bisnes, produk dan sasaran anda. Saya akan beri pandangan jujur: sama ada iklan berbayar sesuai untuk anda sekarang, dan bagaimana kita boleh capai sasaran itu.
Lebih Dari Yang Dijanjikan.